DIJAMIN 100% HALAL

Bahan mentah yang digunakan dalam penyediaan adalah 100% HALAL dan diiktiraf oleh JAKIM serta Halal dari segi hukum syarak. Jawatankuasa Halal Dalaman telah ditubuhkan dan bertanggungjawab untuk memastikan setiap aspek dalam I Love Yoo! mematuhi standard Halal yang ditetapkan oleh JAKIM.

DIJAMIN 100% HALAL

DAPUR PUSAT

Dapur Pusat kami memiliki Sijil Pengesahan Halal dari JAKIM. Pengiktirafan tersebut diperolehi pada 1 Julai 2017. Dapur Pusat merupakan pembekal tunggal untuk kesemua premis I LOVE YOO! dan sentiasa dikawal ketat oleh Jawatankuasa Halal Dalaman dan Pengurusan Dapur Pusat berdasarkan Manual Prosedur Pensijilan Halal Malaysia 2019 (MPPHM2019) & Standard Malaysia MS1500:2009). Aspek Toyyiban Dapur Pusat pula dipantau mengikut garis panduan GOOD MANUFACTURING PRACTICE (GMP) dan Sistem Keselamatan Makanan HAZARD ANALYSIS AND CRITICAL CONTROL POINT (HACCP).

PETUGAS & PENGENDALIAN

Sekurang-kurangnya 2 Petugas Muslim ditugaskan di bahagian pembuatan dan penyediaan untuk memenuhi syarat Pensijilan Halal JAKIM.

Kesemua petugas kami juga telah disuntik dengan SUNTIKAN PEMBASMIAN TYPHOID dan mempunyai SIJIL PENGENDALIAN MAKANAN dan juga wajib bertugas mengikut garis panduan GOOD MANUFACTURING PRACTICE (GMP) dan HAZARD ANALYSIS AND CRITICAL CONTROL POINT (HACCP).

PREMIS

Jawatankuasa Halal Dalaman juga berperanan untuk mendapat pengiktirafan Halal untuk kesemua premis kami.

Premis-premis lain yang telah mendapat pengiktirafan Halal termasuk premis di IOI City Mall, Aeon Bandaraya Melaka dan Publika Shopping Gallery. USAHA INI BERTERUSAN sehingga sasaran kesemua premis mendapat pengikftirafan Halal tercapai.